Jika tanya apa yang aku taksubkan sekarang, iya aku tengah taksub buku mewarna ini. Mungkin kerana seorang dirumah, inilah yang akhirnya dikerjakan. Jangan kecam, katanya buku ini terapi stress org dewasa. But i am not stress, cuma lonely sahaja time duduk sorang-sorang. Macam rusa dalam gambar tu kot.
Kali pertama dengar perkataan hedonisme drpd Dr Danial, hati macam nak tahu dan tahu lebih lagi tentang hedonisme ini? Boleh ke sesiapa bagi pencerahan kepada insan kurang ilmu ini?
Hedonisme seolah dekat sangat dengan hidup ini, tak sikit mungkin banyak terpalit dengannya. Tanpa sedar, bawah pengaruh sedar mungkin.
Dalam kehidupan ini, ada byk benda yg dibuat untuk mencari keseronokan. Kita layan hiburan2 dan mencari kepuasan-kepuasan bersifat material, kita kejar dunia isinya adakah itu hedonisme kawan?
Aku ada seorang kawan jauh yang aku selalu comparekan hidup aku dengan dia. Kdg terasa bagai langit dengan bumi pulak. Dulu tak nampak, apabila jauh baru sedar betapa baiknya dia. Tak apalah, itu mungkin lain siaran boleh cerita siapa dia yang terkesan dekat hati aku ini. Saat aku mengejar duniawi. dia pulak sebaliknya.
Dan doa-doakanlah kawan, yang aku ini akan berubah.
#budayayangperludiubah
#masihdiulitmimpi

1 comment:
puitis
Post a Comment