Pulangkan garam yang masin ke laut.

Salam kawan

Hari ini terasa-rasa mahu menulis. Untuk apa, kepada siapa entah.



Kenal dop makhluk macho abang penyayang dengan adik afiatul ni? Hari-hari mahu stalk ig beliau. Sama muka dengan adiksu kiter. Sayang adik su kita sudah tidak seaktif adik beliau. Ini hiburan hari-hari sebab kita sendiri sudah lama dop dengor suara adik kita. Terubat rasa, terubat rindu melihat insan istimewa ini. Kerana kasih sayang itu percuma, maka sungguh aku sayang kamu semua.

Terima kasih mengizinkan kehendak hati ini dipenuhi. Tiga minggu doh dibumi terengganu berteman bonda dan ayahanda tercinta. Tapi tadop kenderaan untuk bergerak. Maka di rumah lah kita hari-hari menunggu hari hujan. Tapi tetap terengganu paling mendamaikan. Sebab tu Mat Dan suker Ganu.

Sambal budu, saper hok pernoh try sambal budu yang packing segera tu. Oh sedap sungguh la makang dikala hujang mengjelang. Dua pingganggg nasik boh dop cukup lagi.

Sekarang rindu plop pada kawan disana. Syukur..masih berjumpa dengan rindu ini. Sebab bila dekat aku tidak rindu kamu. Dan takut plop bila rasa rindu itu tiada. Jadi kita test, mujurlah bila kita jauh, mari balik rasa tu. Maknanya aku normalkan..yahuu.


Kawan,

Balik terengganu ni ada banyak berita yang mendukacitakan untuk kamu-kamu dan kamu kawan aku. Kamu hilang ayah, kamu hilang anak, kamu hilang adik dan kamu pula hilang suami saat sedang menghitung hari bahagia kelahiran sulung. Sungguh tuhan uji kita luar biasa sekali. Dan bila kita hitung betapa banyaknya Allah uji kita, maka hati akan merintih selalu. Alangkah baiknya andai asuhan hati sentiasa memuji betapa besarnya rahmat yang menghidupkan hari-hari kita. Hati, jangan berduka dengan apa yang telah tertulis ini. Yang berlaku tetap telah berlaku, yang akan berlaku tetap akan berlaku. 

Kawan,
Sesekali aku pon menjeling cemburu atas rahmat tuhan kepada mu, memudahkan cara mu, Tetapi alangkah rugi jika aku terlupa nok menghitung betapa besar juga rahmat tuhan untuk aku. Walaupun dengan cara berbeza.

Jadi hati, jangan berduka. Dari jendela terbuka, atau tertutup, semua akan napok jugok segala rahsia.